Just another WordPress.com site

Latest

terima kasih cikgu..

Salam sayang buat sahabat2 seperjuangan..

Tanggal 16 mei sudah tidak asing lagi bagi kita semua menyambut hari guru..

kepada insan yang bergelar guru..selamat hari Guru..

Secara tidak langsung saya ingin highlightkan di sini..guru pertama dalam hidup saya ialah ibunda dan ayahnda tersayang..

terima kasih ma dan abah..kerana menjadi cikgu terbaik..mendidik dan membesarkan dengan didikan yang tidak mampu untuk dibalas..terima kasih cikgu..

terima kasih yang tidak terhingga juga kepada guru-guru yang telah banyak mencurahkan ilmu dan membimbing kami sehingga jadi seperti hari ini..

Hari ini..

aku mampu mengenal A B C..

hari ini..

Aku mampu menyebut Alif Ba Ta..

Hari ini aku mampu mengeja..

Hari ini aku mampu membaca..

Hari ini aku mampu mengira..

Hari ini aku mampu menutur bicara..

Hari ini aku mampu bercerita..

Hari ini aku mampu bersuka ria..

Hari ini aku belajar ilmu dunia..

Hari ini ilmu agama tidak kulupa..

Hari ini aku mampu menjadi manusia…

TERIMA KASIH CIKGU..

jika aku..





YaAllah ya Rabbul 'izzati..
jika hari ini..
hati aku leka dari mengingatiMU..
kembalikanlah hati ini untuk terus mendambakan kasihMU..
Jika aku terlupa untuk bersyukur..
Datangkanlah kegelisahan dalam hatiku..
agar aku terdetik utk menghargai setiap kurniaanMu..
Jika aku lemah dalam setiap ujianMu..
gagahkanlah hati dan jiwa ini..
moga tidak mengharap pertolongan selain dariMU..
Jika hari ini..
aku masih berhilai tawa bersukaria..
berilah aku peringatan..
moga dapat jaga batas2nya..
Jika aku tak mampu menundukkan pandangan mata..
Jika aku tergoda dek cinta manusia..
lintaskanlah dihatiku untuk mengejar dulu cintaNya 
jika aku..
hari ini..
ditakdirkan pergi selama-lamanya..
padaMu Ya Allah kumohon..
Agar diampunkan segala dosa..
amin ya RabbalAlamin...

Sabarkah kita??

Sabar membawa seribu makna..

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, ‘sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.

Read the rest of this page »

Tiada gunanya amal bila adanya Riya’

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ni saya mempunyai sedikit kelapangan waktu untuk menulis di ruangan blog ini..

Hari ni rasa terpanggil untuk menulis berkaitan riya’

Mungkin, secara sedar atau tidak,saya juga pernah mempunyai sifat riya’..

moga akan datang dapatlah perbaiki diri saya dan semoga diri ini akan dijauhi dari sifat riya’

Sesungguhnya, Allah tidak menerima ibadat daripada seseorang  yang beribadat bukan keranaNya, sebaliknya ibadat yang dilakukan adalah  semata-mata untuk menunjuk-nunjuk dan kelihatan sempurna di mata masyarakat yang memandang..

Disini saya hanya ingin berpesan kepada lebih-lebih kepada diri sendiri dan juga kepada sahabat tercinta..

Apabila kita melakukan sesuatu kerja dan niatkan dalam hati kerana Allah, segala kerja tersebut secara tidak langsung adalah ibadah..manakala, bagi yang niat kerana selain daripada Allah  adalah amat rugi sekali  amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan. Ini  kerana mereka hanyalah  mendapat pujian dan sanjungan manusia sementara  sahaja di dunia ini  tetapi di akhirat kelak tidak menjamin kedudukan mereka  bahkan mungkin  akan dicampakkan ke neraka..nauzubillahimin zalikh..

kepada para pencinta ilmu iaitu pelajar seperti kita semua, haruslah menuntut  ilmu dengan niat kerana Allah.   Bukan niat kerana untuk menambah koleksi sijil lantas menampalnya  di  rumah, di pejabat dan tempat lain untuk menunjuk kepada orang lain   bahawa dialah yang hebat.
Namun, jika ingin mendapatkan sijil supaya  menyenangkan proses  mencari pekerjaan yang halal demi hidup di atas  jalan Allah, itu adalah  diharuskan.

Read the rest of this page »

nasib baik ada saya..?

 

Senario Dalam Komuter :

 

Manusia bersesak-sesak mahu ke destinasi masing-masing. Sepasang kekasih, Teruna dan Dara masuk ke koc campuran bersama-sama.

“Kalau tak berteman takut nanti terlupa atau tertinggal stesen,” kata Si Teruna. Si Dara terus sahaja bersetuju. Sanggup bersesak-sesak asalkan dapat keluar dari tren bersama-sama. Sambil itu boleh juga berbual-bual, tidaklah bosan di dalam tren nanti. Klang ke Midvalley bukan dekat.

Hampir sejam juga perjalanan. Itupun kalau tidak tersangkut-sangkut. Begitulah fikir Si Dara mengiakan logik cadangan Si Teruna. Di dalam tren, sesaknya tidak terkata. Pasangan kekasih tadi terkepung. Ruang hendak berganjak tiada.

Tambah parah koc yang mereka naiki tiada wanita lain. Hanya Si Dara itu seorang dan yang seorang itulah terpaksa bersesak dengan semua lelaki yang lain. Maka Si Teruna dengan penuh rasa kasih sayang, ‘caring’, lagi ‘protective’ menarik Si Dara supaya lebih dekat dengannya.

“Awak peganglah baju saya. Tak adalah terlanggar orang lain. Tak pun awak sandar je kat sini.” cadang Si Teruna sambil menunjuk ke arah dadanya. Si Dara yang sememangnya daripada tadi rimas dikelilingi lelaki-lelaki asing mengangguk tanda setuju. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya. Terasa selamat, rasa dilindungi. Makin yakinlah Si Dara bahawa Si Teruna memang benar-benar menyayanginya. Makin mekar jugalah rasa kasih Si Dara kepada Si Teruna dan makin bangga jugalah Si Teruna kerana dapat melindungi Si Dara yang dicintainya.

Tren semakin lama semakin sesak. Makin terdesak jugalah Si Teruna dan Dara berpegangan. Si Dara tidak sanggup dirinya bersentuhan dengan lelaki lain. Maka makin kuatlah pegangannya ke pinggang Si Teruna. Si Teruna pula tidak sekali-kali membenarkan jantan lain menyentuh kekasihnya. Haram! Makin rapat jugalah ditariknya Si Dara.

” Lebih baik dia sentuh aku daripada mereka.” bisik hati Si Teruna. *** Persoalan saya, betulkah lebih baik begitu? Inilah persoalan yang saya ajukan kepada Si Teruna dan Dara. Mereka mengaku tahu hukum bersentuhan antara bukan mahram.

“Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding bersentuhan dengan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” ( Riwayat Ibnu Majah )

“Tapi memang dah tak ada pilihan lain. Takkan nak dibiarkan Si Dara berlanggaran dengan semua lelaki lain?” “Gua tak sanggup, bro! Itu awek gua, bro!” Bentak Si Teruna.

“Tapi dia seorang je lelaki yang saya kenal kat situ! Saya tak sanggup berlaga-laga dengan lelaki lain. Silap-silap kena raba. Sekurang-kurangnya Si Teruna sayang saya!” Bidas Si Dara pula.

Ya! Kenapa tak dibiarkan sahaja? Lebih baik dibiarkan Si Dara berlanggar dengan lelaki lain tanpa sengaja dari berpegangan dengan Si Teruna dengan sengaja!

“Yang tidak disengajakan itu mungkin boleh diampunkan Allah, tetapi adakah yang sengaja itu boleh diterima?”

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.”(Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

“Kitab mana pula yang berkata lebih baik untuk Si Dara berpegangan dengan kekasihnya daripada bersentuhan dengan lelaki selainnya?” “Apakah ada dinyatakan dalam hukum syara’ bahawa memegan teman lelaki (atau tunang) itu lebih baik atau lebih kurang dosanya daripada memegang lelaki lain?”

Jikalau siapa merasakan ada dalilnya untuk mereka berbuat begitu, maka silalah tunjukkan pada dunia. Silakan teruskan berpelukan kalau benar ada syara’ yang membenarkan. Kalau tidak ada, maka berjauhlah kalian daripada masing-masing. Biarlah Si Dara naik koc wanita, Si Teruna naik koc lain. Lebih baik terlepas stesen daripada melanggar larangan Allah swt. Akhirnya, apabila disebut tentang larangan Allah swt teringat pula kepada satu perkara yang lebih penting

** “Pergi ‘dating’ bersama tu, Allah swt benarkan ke?”

::check it out ::

– Artikel iluvislam.com –

pesanan buat muslimah..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNYA dapat lagi kita menikmati hidup ini dan saling  berpesan-pesan kearah kebaikan..Sudah lama rasanya saya tidak menjenguk ruangan blog ini..kali ini, saya ingin bercerita tentang facebook yang makin di gilai ramai..Alkisah malam tadi saya search tentang tugasan saya dlm youtube.. ttapi scra kebetulan..terlihat video ini dan tersentuh untuk share bersama sahabat2 sekalian..jom join saya tengok sama2..

p/s: Apa2 sahaja penilaian adalah hak individu masing-masing..sama2 lah kita hayati dan kita nilai..

:: check it out ::

 

 

salam maal hijrah

sempena maal hijrah nie..

sama2 lah kita berhijrah.. i mean..berhijrah ke arah kebaikan..sebenarnya peristiwa maal hijrah ni..

memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Jadi, apa salahnya, kita semua bina azam baru..pada awal tahun baru islam ni..

nie nak selitkan sikit kelebihan2 bulan muharram..

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

 

Hebatnya solat awal waktu..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

**extra special : Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

 

::: check it out :::

Sumber Info: Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh aeyie®

Bersyukurkah kita??

Kita sebagai manusia..kadang2 semua x kena pada kita..

kita sering melupakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita..

kita suka untuk merungut..kalau hari panas merungut, hujan pn merungut..x hujan dan x panas pn merungut..

Ya Allah jauhkan lan kami dari menjadi golongan yang kufur nikmat..

so, marilah sama2 kita renungkan..perkataan syukur yang sering kita lupakan..contohnya:

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

“Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!”

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa…lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, “Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!”

Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..

sumber  – Artikel iluvislam.com

f.A.m.i.L.y

alkisah fmily aku..

sekadar kenangan..detik2 bersama..

 

see page: f.A.m.i.L.y.